Sunday, December 18, 2011

pelajar unisel bunuh diri



Dari sumber yang yang tersebar di Twitter mengatakan mangsa yang bernama Ramnath 19 (Berbangsa India) ditemui mati tergantung akibat bunuh diri didalam bilik asramanya di Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai), kemungkinan dia telah mati 4 hari lalu.
motif bunuh diri idak diketahui, sebaran berita ini benar atau palsu belum dapat kepastian.


sumber-oh tidak


'panglima melayu' mahu ludah mahasiswa.


Bantah Auku: Mahasiswa turunkan ‘bendera Najib’ di PWTC

KUALA LUMPUR: Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.
Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).
Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Friday, December 16, 2011

seluar dalam lelaki yang seksi


fakta tentang islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam


3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber


4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24


5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.


6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.


7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”


8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.


9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.


10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.


11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.


12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.


13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.


14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.


15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.


16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.


17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.


18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.


19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.


20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

16 fakta sains yang menarik

Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.



Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.
Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?

3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.

4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sadarkan diri,korang akan mulai bernapas normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.


6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.


11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita

sumber

Thursday, December 15, 2011

penampilan baru coca-cola

coca-cola kini telah menapilkan bentuk baru pada produk minumannya.bentuk pada penutup botolnya telah diubah suai menjadi sedikit terkeluar bagi memudahkan pembeli membuka botol minumannya.akan tetapi produk ini hanya dipasarkan di eropah sahaja,belum ada cadangan lagi untuk memasarkannya di tempat lain.







timun berduri

pernahkah anda mendengar timun berduri.ya sudah tentu tidak bukan.tapi hakikatnya di afrika ada sejenis timun yang mempunyai duri.ia diberi nama African horned cucumber, jelly melon, hedged gourd atau nama pangilannya ialah kiwano.fizikalnya yang lonjong dan berduri serta warnanya yang kuning kelihatan begitu unik sekali.rasanya seperti campuran jeruk,jeruk nipis dan mentimun tetapi ada terselit sedikit rasa pisang.sungguh unik ya tumbuhan ini




karma

apa itu karma,mungkin ada sesetengah orang akan berkata karma itu hanya berkaitan dengan agama buddha sahaja.Karma membawa maksud perbuatan dan penyebabnya ; sama seperti  " reactivity theory " . Setiap manusia melakukan karma dari bangun pagi sehingga masuk tidur waktu malam. Setiap perbuatan seperti berfikir , berbual , memandang , mendengar,  menyentuh , makanan , minuman dan sebagainya yang kita lakukan setiap hari ada karmanya tersendiri . Kita kena menanggung hasil untuk setiap perkara yang kita lakukan.Hasil yang kita dapat dari perbuatan kita mungkin sesuatu yang positive atau  negative  , atau sesuatu yang besar atau kecil , tetapi hasilnya tetap kita akan dapat.


Karma dari makanan boleh diterangkan sebegini :

Katakanlah kita makan Kari daging Kambing .
Makan kari kambing adalah suatu kerja ; hasil atau karmanya yang kita dapat ialah seperti berikut.

  1. Badan kita dapat lemak , protin dan sebagainya
  2. Lemak badan kita bertambah
  3. Badan kita bertambah panas
  4. Akan diserang sakit kepala



Jika makan daging kambing berterusan Karmanya akan berubah seperti berikut :

  1. Tahap kolostrol dalam badan meningkat
  2. Mungkin akan diserang pengakit berkaitan jantung
  3. Tekanan darah meningkat
  4. Boleh menyebabkan kematian

Karma bukan sesuatu yang hanya berkaitan dengan  daging kambing atau makanan sahaja . Saya hanya mengunakannya untuk menerangkan erti karma dalam makanan. Karma ialah gaji , ganjaran atau denda yang kita dapat untuk sesuatu yang kita kerjakan , mungkin kita dapat terus hasilnnya atau mengambil masa yang lama.  Karmanya  tetap akan menyerang dan mengikuti kita sehingga dan selepas kematian.




under construction

salam sejahtera,disini saya ingin memberitahu bahawa blog ini sedang dalam fasa pembaharuan.ini kerana blog ini telah bertukar tangan setelah ia dibiarkan usang oleh pemilik asal.mungkin selepas ini isi kandungan blog ini akan bercanggah dengan isi-isi yang sebelumnya.kemungkinan juga gaya bahasa blog ini akan bertukar.semoga ini akan menjadikan blog ini semakin segar dan menarik.sekian terima kasih.


Saturday, January 8, 2011

benda pelik yg pernah dijual di e-bay....

haha...korang pernah dgr e-bay kan...korang mesti tau apew benda e-bay 2...ala yang macam dalam cite transfomer 2,yg diew jual spek mata yang adew peta tah apew 2...huhu...apew aku merapu nie...haha...tapi yang nie aku nak citew bende2 pelik yang pernah dijual di e-bay nie...papew pown kowang tgk jew ar k...huhu...

cara menyelamatkan kad ATM anda...!!!!


Pernahkah ATM CARD anda dirompak atau dicuri, jika ya, kami terbaca info ini di forum tanyasifu.com. Nombor pin ATM yg diterbalikkan – Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda ygmasukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.
Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkanlah maklumat ini seluas mungkin untuk manfaat kepada orang lain.
Semoga dengan maklumat ini dapat mengurangkan jenayah kat malaysia.


dunia ini milik allah!!!

haha...entry kali nie bukan ar aku nk citer sal keagamaan sgt...juz nk tunjuk kawt kowang yang peta dunia ada nama allah s.w.t dan nabi muhammad s.a.w....tapi rase korang da pnah tengok kowt...papew pown kow tgk jew ar k...aku juz nk kasi info pada sape-sape yg xpnah tgk ag jew...huhu