apakah yang selalu dikaitkan dengan wanita??...cantik,lemah-lembut,sopan dan menawan...huhu...tetapi tidak bagi 7 orang wanita ini...mereka tidak dikaitkan langsung dengan benda-benda tersebut...malah mereka dikaitkan dengan keganasan,mafia,gangster dan dadah...di bawah ni aku sediakan gambar dan cerita pasal mereka....
judy moran (dipenjara dari 2009-sekarang)
judy moran berasal dari keluarga moran.wanita berusia 66 tahun ini memimpin gangster terbesar di melbourne.dia digelar 'family matriarch
xie caiping (dipenjara dari 2009-sekarang)
setahun yang lalu,bandar chongqing china telah melakukan operasi besar-besaran yang mana telah berjaya menangkap 1500 orang,mereka semua di bawah kepimpinan xie caiping.dia ditahan atas kesalahan menjalankan kasino secara haram.
sandra avila beltran (dipenjara dari 2007-sekarang)
sandra sememangnya dilahirkan untuk menjadi godmother mexico.ayahnya seorang godfather penyeludupan dadah mexico.sandra diberi gelaran 'ratu pasifik' kerana membantu mengembangkan laluan penyeludupan sepanjang pantai pasifik mexico.
rosseta cottulo (dipenjara dari 1993-sekarang)
dia menjadi gangster kerana rasa marah dan dendam apabila saudaranya ditangkap polis.dia menjadi suspek yang paling dicari oleh polis itali kerana dia termasuk dalam senarai keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata(Nco), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali.dia menghabiskan masa selama 10 tahun menjadi buruan polis sebelum menyerah diri.
maria licciardi (dipenjara dari 2001-sekarang)
dari tahun 1993-2001,maria menjadi ketua kepada marga licciardi, dan"Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli.di bawah pimpinanya keluarga licciardi menjadi lebih terancang dan mendapat banyak keuntungan.sumbangannya yang paling penting adalah memperkenalkan pelacuran di camorra.
maria leon (dipenjara dari 2010-sekarang)
wanita berumur 44 tahun dan mempunyai 13 orang anak ini menjadi ketua sindiket pengedaran ubat bius terbesar dan menguasai timur laut los angelas dan beirut
griselda blanco (status tidak diketahui hingga sekarang)
ketika berusia 11 tahun,blanco telah menculik seorang anak kepada orang kaya dengan harapan mendapat wang tebusan,namun apabila ibu-bapa mangsa tidak mahu memberikan yang tebusan blanco telah menembak kanak-kanak tersebut.pada era 70an dia telah berpindah dari columbia ke new york,dan memulakan kerjaya sebagai penyeludup dadah.blanco diyakini mendalangi 200 pembunuhan sepanjang kerjayanya sebagai penyeludup dadah.pada tahun 1988 dia telah ditangkap oleh DEA di california.
sumber
No comments:
Post a Comment